IMPIAN
ANDA BERMULA DI SINI…..
BERSAMA
KITA MERAIH JUTAWAN !!!
Salam Bahagia. Bersama berjuta pengalaman yang saya tempuhi sepanjang
meniti perjuangan bergelar usahawan saya dengan berbesar hati ingin berkongsi
pengalaman yang sepatutnya dilakukan apabila seseorang itu mahu memulakan satu
perniagaan. Cara ini dapat membantu anda mengendalikan perniagaan anda dengan
baik dan sempurna dengan dapat mengecapi kejayaan.
KUNCI
KEJAYAAN
Dalam
dunia perniagaan dekad ini kepelbagaian situasi dalam menghadapi setiap sudut
dan cara pengendalian sesuatu perniagaan itu sangat penting untuk meraih hasil
yang memberangsangkan agar dapat diseimbangkan dengan keperluan dan kehendak.
Oleh itu setiap orang yang terlibat di dalamnya akan berusaha untuk
mendapatkannya semaksima mungkin. Namun begitu setiap orang mempunyai cara dan
pilihan tersendiri dalam melaksanakannya. Tetapi untuk menjayakan setiap misi
dan visi yang dirancangkan itu , seseorang itu perlulah membuat penelitian dan
perancangan yang tepat untuk diikuti agar kejayaan dapat diraih dalam sesuatu
masa yang telah ditetapkan.
Jalan
kejayaan sememangnya sentiasa terbuka luas dihadapan mata kita, Cuma samada
kita mengambilnya atau membuangnya , tergantung kepada cara kita menerimanya.
Oleh yang demikian di bawah ini, dikongsikan pelbagai kaedah kejayaan yang
mesti anda lakukan dan menjadi sebahagian dari jalan kehidupan anda. Kesemua
prinsip yang dijelaskan nantinya merupakan cara berkesan meraih kejayaan dalam
perniagaan.
1.Berfikiran
Positif
Perlu
sentiasa optimis dalam setiap gerak geri kehidupan dengan mengamalkan daya pemikiran dan pandangan yang positif. Ini adalah kerana idea-idea positif merupakan
satu peranan yang sangat penting dalam mewujudkan realiti anda. Oleh itu jika berfikir secara positif,
anda akan lebih cenderung untuk
mewujudkan situasi-situasi positif
dengan menarik ramai orang ke dalam hidup anda.
Untuk membantu anda mempertingkatkan
jualan,senantiasa guna dan ambil peluang yang ada disekeliling anda. Cuba ambil
contoh orang yang telah berjaya dan bijak pandai dalam mengendalikan kejayaan
mereka. Mereka melihat sesuatu itu
dengan penuh kenyakinan bahawa sesuatu
itu akan berjaya, berfikir untuk berjaya ,dan terus melakukannya untuk berjaya. Maka dengan itu
mereka akan mendapat manfaatnya dengan lebih cepat . Jika sesuatu itu tidak
berjaya, cepat bertindak dan menukarkannya dengan cara dan strategi lain dari
semasa ke semasa.
2.
Set Matlamat
Dalam menjalani kehidupan sehari-harian kita perlu mempunyai matlamat hidup , begitu juga dalam jualan, anda perlu mengetahui di mana arah tuju sebenar jualan anda. Bayangkan jika anda memandu kereta tanpa mengetahui arah tujuannya, tentulah agak sukar untuk anda memandunya. Oleh itu anda memerlukan peta perjalanan untuk memudahkan anda menuju ke destinasi yang diingini. Begitu jugalah dengan jualan, anda perlu melakarkan matlamat anda dengan jelas di mana dan ke mana , mengikut keperluan dan kehendak anda sendiri. Kata orang ‘Tepuk Dada Tanya Selera’, andalah yang menentukan matlamat dan arah tuju perniagaan anda. Rancang dengan teliti dan berkesan untuk memastikan anda mencapai semua matlamat yang diingini anda berjaya dicapai.
3.Berdisiplin dan bekerja keras
Anda perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi untuk memastikan kerja-kerja anda berjalan dengan lancar dan sempurna. Anda senantiasa bekerja keras dan sanggup bersusah-payah berpanjangan dalam melakukan tugas-tugas yang sepatutnya anda lakukan. Menjadualkan aktiviti-aktiviti anda mengikut keutamaan-keutamaan yang perlu dan melakukannya dengan seberapa segera tanpa melengahkannya.
Jika tidak melakukan kerja anda
tergolong dalam golongan orang-orang yang malas bekerja. Misalnya, beberapa
tahun lalu, ada syarikat yang mahu
menarik perhatian orang ramai menawarkan
perkhidmatan jualan dengan mesej syarikat , 'Anda hanya daftar masuk dan kami akan lakukan
semua kerja untuk anda’.
Cara ini hanya bertujuan memerangkap anda untuk syarikat itu membina sebuah organisasi dalam jualan, sedangkan anda tidak mendapat faedah ke atasnya. Yang anda perlukan adalah syarikat-syarikat yang anda boleh mendapatkan beberapa ribu orang untuk menandatangani dan bekerja bersama anda bagi mendapat keuntungan berlipat ganda .
Cara ini hanya bertujuan memerangkap anda untuk syarikat itu membina sebuah organisasi dalam jualan, sedangkan anda tidak mendapat faedah ke atasnya. Yang anda perlukan adalah syarikat-syarikat yang anda boleh mendapatkan beberapa ribu orang untuk menandatangani dan bekerja bersama anda bagi mendapat keuntungan berlipat ganda .
Oleh itu , jika anda mahu untuk berjaya, anda perlulah sentiasa mempertingkatkan usaha anda . Jika anda sanggup bersusah-payah dan turut sama membantu dalam kumpulan jualan anda , mereka juga pasti akan sanggup bersusah-payah. Ia juga bererti menyokong kumpulan jualan anda, keluar dan mencari pelanggan-pelanggan dan melakukan segala-galanya untuk anda dan mereka , anda pasti boleh mempertingkatkan jualan anda dan kumpulan jualan anda .
4.
Kekalkan Fokus
Anda perlu memberikan tumpuan khusus kepada usaha-usaha anda dengan pemerhatian yang berpaksi dan tidak berubah-ubah untuk mencapai matlamat khusus yang telah dirangkakan . Anda tidak akan berjaya jika pendekatan anda berpecah-pecah.
Misalnya, apabila anda tumpukan kepada
mempromosikan satu produk khusus atau syarikat , anda seharusnya secara
berterusan berfikir mengenainya dan sentiasa
mengambil peluang dengannya. Jika
anda adalah mempromosikan satu produk kesihatan , berikan tumpuan sepenuhnya ke
atas produk dengan menjelaskan bagaimana
produk anda mungkin membantu mereka. Malah anda bersama kumpulan anda
seharusnya sentiasa mengelolakan sebuah
parti atau dengan memikirkan satu cara terbaik untuk mempromosi produk
anda. Fokus perhatian anda untuk mengambil kesempatan ke atas semua peluang yang ada .
5.
Peruntukkan Masa
‘Masa Itu Emas’, adalah perkataan keramat bagi orang yang berjaya dalam hidup dan kehidupan .Sentiasa beri keutamaan dalam mengagihkan masa dengan tepat. Anda perlu mematuhi dan mengikutinya dengan berusaha menghadapi tekanan -tekanan disekeliling yang mungkin akan mengancam setiap peraturan masa yang anda peruntukkan.
Selain menyenaraikan keutamaan-keutamaan anda, buatlah garis panduan untuk apa yang anda mahu lakukan bila dan di mana . Buat buku catatan dengan mencatatkan tarikh dan masa dengan melakarkan apa yang anda rancangkan untuk dilakukan setiap pagi, petang dan malam dengan realistik serta memperuntukkan cukup masa untuk mencapai setiap tugasan. Walaupun begitu anda perlu wujudkan jadual anda dengan lebih fleksibel agar lebih mudah anda ikuti dan sentiasa cuba sedaya upaya anda untuk tetap berpegang kepada rancangan anda.
6. Beri tumpukan dalam memajukan diri
Sentiasa berusaha meningkatkan diri anda dengan belajar dan mengikuti setiap perkembangan perniagaan anda. Tumpuan yang diberikan nantinya lebih bersifat peribadi di mana anda sendiri yang akan menentukan setiap sudut dan ruang yang perlu anda pelajari dan baharui dari masa ke semasa. Selain itu anda sudah pasti berupaya membantu kumpulan anda dengan pengalaman-pengalaman yang dimiliki. Untuk peningkatan diri, anda juga boleh mempelajarinya melalui pembacaan atau dengan menghadiri siri motivasi diri yang banyak dijalankan oleh golongan motivator professional. Dengan cara ini anda sentiasa dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk mengembangkan perniagaan yang lebih memberangsangkan.
Salah
satu cara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membangunkan dan mengukuhkan organisasi
anda ialah dengan membiasakan diri melalui pembacaan ringan mengenai peningkatan memajukan diri atau meluangkan masa mendengar kaset-kaset motivasi
dikereta semasa anda memandu. Dengan cara ini anda akan sentiasa memotivasikan
diri terutamanya apabila semangat mulai menurun dengan pelbagai kerenah dan
masalah dalam perniagaan . Sikap seperti
ini akan sentiasa melahirkan sikap positif dengan gaya kreativiti yang begitu
menyakinkan. Teknik ini dapat membantu
anda meningkatkan jualan dan keuntungan anda pasti meningkat.
7. Setia Berterusan
Menjalankan
sesuatu perniagaan memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapatkan hasil
dan keuntungan. Ianya tidak mungkin berlaku dalam sehari dua sahaja. Oleh itu
anda perlu menetapkan kenyakinan dalam diri anda secara berterusan untuk
sentiasa bertahan dan bersabar dalam apa
jua keadaan. Ini sangat penting untuk mempertingkatkan jualan dalam organisasi
anda. Setiap halangan dan cabaran yang
dilalui harus ditangani dengan bijaksana agar anda tidak mudah berpaling kepada
suatu perniagaan yang lain.
Ada
sesetengah orang tidak sabar dan sentiasa beralih dari satu syarikat ke
syarikat yang lain, dari satu perniagaan kepada perniagaan yang lain. Cara in
akan merugikan anda dan organisasi anda.
Setia kepada satu syarikat dan satu perniagaan akan menjadikan empayar
perniagaan anda dapat berkembang dengan baik dan seterusnya dapat mencapai
semua matlamat yang telah anda tetapkan. Sentiasa cuba pertahankan perniagaan
anda dalam apa keadaan sekalipun.
8. Ambil inisiatif dan peluang
Untuk menjadi pemimpin kepada suatu
perniagaan dan organisasi kumpulan bukanlah perkara yang mudah. Anda perlu
kreatif dan sentiasa mencari jalan untuk
membangunkan perniagaan anda. Pelbagai
cara boleh digunakan dengan mengambil semua peluang yang ada. Kebijaksanaan dan
daya kreativiti anda adalah tunggak utama dalam meningkatkan jualan anda. Terdapat
tiga golongan pemimpin dalam sesebuah perniagaan :
a.
Golongan yang melakukan sesuatu
b.
Golongan
yang menunggu untuk melakukan sesuatu
c.
Golongan
yang tidak melakukan apa-apa
Anda perlu menetapkan anda berada dalam golingan yang
mana. Ambillah peluangg untuk melaakukan
sesuatu untuk membangunkann perniagaan anda agar Berjaya mencapai dan memiliki
apa yang telah anda tetapkan.
Untuk mendapatkan ribuan ringgit setiap
hari, harga yang perlu anda bayar adalah dengan menggunakan setiap peluang yang
ada sepenuhnya. Melihat kepada peluang
yang ada dan mengambil inisiatif untuk menjadi pemimpin jualan sebenar, dengan menarik beribu-ribu orang ke dalam kumpulan
jualan anda. Dengan cara ini anda boleh meningkatkan
pendapatan anda. Carilah peluang dan bertindak dengan segera. Jangan bimbang
jika anda membuat kesilapan. Anda akan mendapat lebih banyak pengalaman dan
akan mematangkan anda setisp kali kesilapan dilakukan Ramai orang yang telah berjaya
setelah melalui kegagalan terlebih dahulu.
9. Tanamkan Minat
Sebagai seorang pemimpin dalam
kumpulan, anda merupakan satu penggerak untuk memandu ahli-ahli anda dengan membangkitkan
semangat mereka. Dorongan dan sokongan anda akan menimbulkan keghairahan kepada
mereka dalam mengendalikan perniagan masing-masing .
Dengan cara ini dapat menimbulkan minat
yang mendalam kepada mereka dalam menjalankan perniagaan ini. Minat ini harus
dipupuk dengan sebaik-baiknya kerana ianya akan membantu mempertingkatkan
jualan.
Minat kepada perniagaan, syarikat,
perkhidmatan dan produk merupakan satu kegembiraan yang sepatutnya diwujudkan
dalam diri anda. Jika ini tidak berlaku anda harus melakukan sesuatu dengan
membina minat tersebut. Menjual
merupakan asas yang sangat penting dalam sesuatu pernigaan. Oleh itu minat
menjual akan menjadikan anda seorang sangat pandai berjalan dan sekaligus anda akan berjaya dalam perniagaan yang
dijalankan .
Buat sesuatu untuk membina minat yang
mendalam untuk memajukan perniagaan. Gunakan pelbagai teknik untuk mendorong
diri dan kumpulan anda menjual dengan semangat kegembiraan .Sentiasa fikirkan
hal-hal yang akan membuat anda sentiasa tersenyum dan gembira. Apabila anda
sentiasa dalam kebahagiaan dan berfikiran positif, anda akan merasa bersemangat
dan segar sentiasa.
Kepelbagaian
teknik yang digunakan akan berupaya
merangsang minat anda dan ini dapat membantu anda
menyingkirkan kelemahan yang dialami. Malah anda mampu melahirkan keghairahan berniaga. Fikirkanlah bahawa setiap panggilan yang anda buat merupakan satu peluang untuk menyampaikan mesej anda
kepada pelanggan anda dan belajar apa yang
orang lain fikirkan,tanpa mengira siapa
mereka. Perkongsian idea melalui panggilan ini
mampu menambahkan pengetahuan anda
untuk membantu anda
mempertingkatkan jualan.
10. Tabiat Diri Kearah Kejayaan
Dalam
setiap diri anda terdapat pelbagai kelebihan yang kekadang anda sendiri tidak
sedar. Namun begitu tabiat-tabiat kejayaan perlu diwujudkan samada secara
langsung atau tidak langsung ke dalam
diri anda sebagai ketetapan yang berterusan dengan menjadikannya sebagai
prinsip kehidupan dalam mencapai kejayaan. Contohnya anda perlu membuat satu
kontrak perjanjian dengan diri sendiri untuk mencapao matlamat yang telah anda
tetapkan. Perjanjian inilah yang akan mengikat anda untuk terus melaksanakan
perancangan yang dibuat dengan berdisiplin.
Kunci utama yang perlu anda lakukan
adalah dengan mewujudkan peraturan berterusan yang teratur dan sistematik .
Dengan cara ini anda akan dapat menentukan dengan lebih tepat arah tuju matlamat
hidup anda. Anda akan akhirnya dapat mencapai matlamat anda dan
berjaya kerana prinsip ini
menjadi sebahagian daripada kehidupan anda dan ini akan menarik
kejayaan demi kejayaan ke dalam
hidup anda.
Ia boleh mengambil sedikit masa
membangunkan tabiat-tabiat ini, tetapi ingat yang wujud satu rutin menyediakan
satu cara lebih mudah menjalankan hidup anda; corak-corak dan ritual
membenarkan anda mencapai benda-benda secara automatik daripada mempunyai untuk
merancang untuk everything.Its begitu juga dengan mencapai kejayaan. Kerja
mengubah corak-corak yang mengganggu dengan anda mencapai kejayaan, seperti
mendapat tawar hati dengan mudah atau meletakkan diri anda jatuh. Sungai
idea-idea anda akan sentiasa bercucuranlah laluan sama melainkan anda membuat
sesuatu mengubah saluran.
Mulakan
dengan secara sedar fikir dan bertindak dalam cara yang diingini. Kemudian,
beransur-ansur seperti anda membina tabiat-tabiat baru, anda akan menemui
mereka menjadi automatik dan anda akan change.You akan menjadi orang anda mahu
menjadi. Mula memajukan tabiat-tabiat kejayaan kini seperti anda kerja ke arah
gol anda , dan anda akan menemui yang kejayaan anda mahu akan berlaku.
Kemudian
hari, anda akan menemui cara-cara untuk memohon teknik-teknik sikap kejayaan
ini sebagai anda melalui proses menjual dan membina satu organisasi penjualan.
Menyenaraikan mejar prinsip kejayaan. Anda boleh mahu menyalin angka ini dan menyimpan ia menghantar bagi semakan semula setiap hari.
Menyenaraikan mejar prinsip kejayaan. Anda boleh mahu menyalin angka ini dan menyimpan ia menghantar bagi semakan semula setiap hari.
11. Kenali Diri Dan Kehendak
Siapa
anda? Bagaimana dan di mana anda? Kenali diri anda sendiri. Apa yang anda mahukan dan perlukan ke atas diri anda. Pastikan
sesuatu yang membahagiakan diri anda. Salah satu caranya adalah dengan memberi
pengiktirafan dan pujian kepada diri
anda apabila anda dapat mencapai sesuatu
target atau sasaran yang ditetapkan. Ini bertujuan
mendorong anda meneruskan kerja-kerja yang telah dibuat
dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun. Sentiasa berikan ganjaran kepada
diri anda sendiri mengikut citarasa dan kegemaran anda. Contohnya membawa
bersama pasangan anda keluar makan malam ke suatu tempat istimewa , keluar
menonton wayang , atau pergi bercuti
(melancung) ke tempat pilihan kegemaran anda .
Paling penting layanan istimewa
diberikan khusus kepada diri anda. Bermegah dan berbangga dengan diri sendiri
dengan sentiasa bisikkan ke dalam diri
anda , “Aku Bangga Dengan Diriku’’.
Pendekatan
begini anda gunakan dalam kumpulan jualan anda sebagaimana anda memulakan untuk membina organisasi anda
dahulu. Berikan pengiktirafan kepada diri anda sendiri dan kumpulan anda.
Mungkin dengan menyediakan satu majlis pengiktirafan kecil sendiri( selepas mengadakan mesyuarat) yang dihadiri seluruh
ahli dalam kumpulan anda . Cara ini akan mendorong menaikkan semangat di antara satu sama lain
dan jualan kumpulan anda pasti meningkat.
Ini
secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas agar matlamat yang anda buat dan rancangkan dapat dicapai dengan
jayanya. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai cara anda boleh lakukan lagi untuk merealisasikan impian anda itu.
Antaranya :
a) Beri tumpuan sepenuhnya kepada matlamat yang telah anda gariskan seolah-olah matlamat berkenaan telah pun dicapai. Buat senarai dan kaji semula setiap satu darinya berulang kali. Rileks, tutup mata anda , tenangkan fikiran dan hayati peranan diri anda, apa yang anda mahukan dalam hidup ini. Bayangkan apa yang anda miliki dan apa yang telah dan akan dicapai nanti. Dan paling penting, bayangkan anda perolehi kejayaan itu ! Anda miliki semua impian anda. Mencapainya dalam masa yang anda sendiri tetapkan.
b)
Beri gambaran dan motivasikan diri anda dengan matlamat yang ingin anda capai.
Ambil contoh orang-orang yang telah berjaya dalam hidup dan perniagaan mereka.
Letakkan gambar mereka pada dinding-dinding bilik anda . Wujudkan suasana geram
ingin memilikinya, contohnya anda meminati kereta Porche Cayne , atau
rumah yang besar dan mewah. Letakkan
gambar kereta mewah atau rumah besar berkenaan
. Katakan ini matlamat anda. Ini emas yang anda ingin miliki .
c)
Buat pengakuan demi pengakuan dengan ahli-ahli kumpulan jualan anda sendiri
agar setiap usaha mereka juga sentiasa mendapat sokongan anda dengan memberikan
pengiktirafan yang sewajarnya. Ini
secara tidak langsung merapatkan
hubungan anda dengan ahli kumpulan anda.
Peruntukkan masa yang sesuai dengana mengadakan mesyuarat seluruh kumpulan,
kumpulan-kumpulan kecil dan meminta mereka sentiasa fokus kepada matlamat
masing-masing.Pejamkan mata anda, relaks, bayangkan apa yang anda ingini .
Buat
perkara yang khusus kearah kejayaan anda. “Saya tertarik kepada kejayaan,
kebahagiaan dan kelimpahan semuanya. Dalam hidup ini saya mahukan sebuah keluarga yang istimewa, rumah besar dan cantik, kereta mewah yang sentiasa saya banggakan dengan
menaikinya pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan penuh kemegahan.” “Saya Mahukannya Sekarang !”
12. Fahami Dan Bekerja Ikut Kehendak Pelanggan
Jika
anda dapat memahami keperluan dan kehendak pelanggan anda dan bekerja dengan baik bersama dengan mereka, sudah pasti jualan anda akan meningkat
dari masa ke semasa. Anda perlu mengenali dari mana pelanggan-pelanggan anda datang,
dengan itu anda dapat bertindak balas terhadap keperluan dan
kehendak mereka. Lakukan ini ! Anda
mesti sanggup mendengar dan mengetahui apa sahaja mengenai mereka. Situasi ini boleh
mewujudkan satu keadaan menang-menang di
mana anda memperolehi kejayaan dan
mereka mendapat apa yang mereka mahukan daripada anda.
Kejayaan
anda bergantung kepada kesungguhan dan kebijaksanaan anda bekerja dengan kumpulan jualan anda serta bekerja dengan pelanggan-pelanggan anda.
Anda bukan sahaja menjual satu produk,
anda juga menjual diri anda. Maka, anda perlu
menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif ,berpersonaliti menarik,
dan berani membuat orang lain
sentiasa mengikut setiap langkah dan usaha yang anda lakukan.
Fikirkan
sifat-sifat orang berjaya (sentiasa bekerjasama dan memberi kerjasama, memahami
sesama sendiri, berguna dan kreatif, tanamkan minat , berusaha dengan kerja
keras,mesra dan tidak sombong ) `Fikirkan bersama yang mana satu anda perlu bangunkan dahulu. Kemudian
fikirkan pula apa yang anda boleh lakukan untuk membangunkannya. Kemudian fikirkan
lagi apa yang anda boleh lakukan untuk membangunkan sifat-sifat ini. Contohnya anda
boleh menjadi lebih peramah dari
sebelumnya atau anda melakukan perkara-perkara yang membawa anda semakin rapat
dan akrab dengan pelanggan-pelanggan anda. Berkemungkinan pada permulaannya anda
berasa kurang selesa dengan perubahan anda tetapi lama kelamaan ianya menjadi
satu kebiasaan dan ianya akan berlaku secara semula jadi.
13. Lakukan Kerja Ke Arah Matlamat Anda
Terus
bekerja dan bekerja ke arah
matlamat-matlamat yang telah anda gariskan dan sediakan. Anda perlu mengetahui
yang ianya boleh anda lakukan dengan mencipta dan mewujudkan syarat-syarat untuk membuat matlamat berkenaan munasabah untuk dilaksanakan. Lakukan ini dengan berkesan. Anda letakkan sasaran yang lebih besar ke dalam sasaran kecil agar setiap langkah-langkah yang dibuat
dapat dicapai dengan jayanya. Misalnya, artikel
ini menyediakan teknik-teknik untuk
mencapai matlamat jualan, tetapi prosesnya hendaklah dilakukan oleh anda dengan
mengaplikasikan setiap perkara dengan teliti dan kemas agar usaha anda kea rah
itu mencapai matlamatnya.
Sebagaimana
anda bekerja ke arah matlamat-matlamat anda, anda perlu menawan kumpulan anda dengan melabelkan
mereka sebagai satu keistimewaaan yang anda miliki . Dorong dan beri mereka
semangat untuk sentiasa melakukan persembahan jualan yang berjaya . Anda bina keyakinan mereka dengan keupayaan anda
menangani semua perkara dengan tidak memikirkan samada anda boleh buat atau tidak . Ini juga akan
membantu anda mencapai apa anda mahukan
dengan lebih cepat.
14. Bekerja Positif , Sokongan Kumpulan.
Satu
lagi kunci kejayaan ialah sentiasa meletakkan diri anda dalam situasi dan
pemikiran yang positif terhadap apa sahaja dan siapa sahaja terutamanya ahli
kumpulan anda dan orang-orang disekeliling anda. Berfikiran negatif akan menyebabkan orang-orang disekeliling
anda akan jatuh dan menarik anda untuk jatuh bersama. Ini tidak dapat dielakkan
kerana mereka memperjuangkan sikap negatif mereka .Oleh itu tumpuan harus
diberikan kepada mereka ini dengan lebih agresif dalam menyakinkan mereka akan
setiap apa yang mereka lakukan dengan
sentiasa mendorong mereka kearah pencapaian yang baik dan cemerlang.
Usaha yang
berterusan akan menyedarkan mereka bahawa sikap negatif yang mereka tanamkan
dalam fikiran masing-masing hanya akan membinasakan setiap usaha yang mereka
lakukan. Lahirkan ilham yang positif
dengan menyatakan kejayaan dan kesempurnaaan yang mereka dapat adalah dengan melakukan sendiri , dari
diri mereka sendiri bukan orang lain.
Orang lain hanya membantu dan menjadi pendorong untuk memperjuangkannya. Beri
tumpuan sepenuhnya kepada idea-idea baru dalam kumpulan anda dengan memperjuangkannya ke arah mencipta pelan tindakan yang berkesan dengan
menepis sama sekali sikap negatif mereka
. Tumpuan juga seharusnya diberikan agar ahli kumpulan turut sama
mengembelingkan tenaga dan usaha mereka dengan mengilhamkan dan melahirkan idea bernas
sebagai penyumbang kepada kejayaan .Mereka
memberi pelbagai idea dan sentiasa sedia menolong dalam apa juga bentuk
pertolongan yang diperlukan . Idea-idea baru yang bernas dapat membantu
mempertingkatkan jualan anda dan kumpulan anda.
Jika
anda berpeluang menemui orang-orang yang telah berjaya , sertai kumpulan mereka
dengan menghadirkan diri dalam aktiviti mereka . Gunakan mereka sebagai model atau idola anda.
Selami mereka dan bercakaplah dengan mereka tentang bagaimana mereka berjaya. Belajar
daripada mereka mengenai bagaimana mereka berjaya. Belajar dan terus belajar
daripada mereka. Perhatikan bagaimana
cara mereka berpakaian dan bercakap
(berkomunikasi) . Kebanyakan daripada mereka sangat optimistik, positif, aktif,
dan sentiasa cuba berada dalam kelompok masyarakat .Cuba dapatkan pandangan
mereka tentang anda dan orang lain. Lihat dan kaji pandangan mereka secara mendalam. Dapatkan juga cadangan –cadangan
yang bernas untuk membantu anda menjadi seperti mereka. Berkawan dan bergaul
dengan orang yang telah berjaya akan membantu anda memperolehi kejayaan juga.Cuba
dapatkan seramai mungkin orang-orang yang berjaya untuk anda contohi. Minta cadangan daripada mereka yang telah anda
jumpai itu untuk dapat menghubungi orang
lain yang mereka kenali. Orang-orang yang telah berjaya ini boleh membantu anda berjaya jika anda
menggunakan sepenuhnya peluang yang
mereka berikan.
Akhirnya,
haruslah disedari bahawa bekerja secara berkumpulan dan mempunyai sokongan yang
kuat dalam kumpulan adalah merupakan asas yang sangat teguh dalam meniti
kejayaan. Menyedari hal yang sedemekianlah, anda perlu merancang dengan penuh kenyakinan untuk mendapatkan
hasil yang berkesan untuk jangka panjang.
Setiap kejayaan yang cemerlang
akan anda perolehi dengan kerjasama yang kuat antara anda dan ahli
kumpulan anda. Oleh itu anda bukan sahaja meraih kejayaan untuk diri sendiri
tetapi juga membantu kumpulan anda
meraih kejayaan yang sama dengan menjadikan
kejayaan anda sebagai daya tarikan dan inspirasi buat mereka.
15. Percaya kepada diri sendiri
Mempercayai
diri anda sendiri adalah merupakan satu
kekuatan yang sangat tinggi sebagai satu cara motivasi yang sangat baik dan
berkesan untuk anda menghadapi setiap rintangan dan halangan. Setiap daripada
kita ini mempunyai cara dan kebolehan yang tersendiri di mana kadang-kadang
kita sendiri tidak tahu atau sedar akan kebolehan itu. Maka sentiasalah beri
peluang kepada diri sendiri dalam membuat sesuatu atau
mengusahakan sesuatu. Adalah tidak menjadi satu kesalahan atau kerugian jika
ada meletakkan diri anda paling utama dalam senarai tindakan untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
Anda
merupakan objek utama yang perlu diketengahkan untuk mendapatkan hasilnya.
Lihat sahaja orang-orang yang telah berjaya, mereka sentiasa yakin kepada diri
sendiri dalam melakukan apa sahaja tindakan walaupun menemui banyak kegagalan dan penyingkiran.
Lebih banyak masa diperuntukkan untuk memperbaiki setiap kegagalan itu
sehinggalah mereka menemui titik kejayaan. Bangunlah setiap kali anda gagal.
Cuba dan cuba lagi. Yakinlah bahawa disebalik setiap kegagalan itu akan muncul
kejayaan yang pastinya akan membahagiakan anda. Segala pengorbanan , usaha,
titik peluh ynag dikeluarkan adalah tidak sia-sia dan menjadi begitu berharga
buat anda. Dan ketika itu penghargaan yang sangat hebat dan besar anda harus
berikan kepada diri anda sendiri.
No comments:
Post a Comment